PETALING JAYA: Bosch Automotive Aftermarket (AA) dengan kerjasama Riding Pink akan menghadiahkan 10 perjalanan percuma pulang ke kampung kepada 10 peserta wanita warga Malaysia pada hari raya ini.

Antara lokasi percuma itu termasuk Alor Setar, Pulau Pinang (seluruh daerah), Ipoh, Taiping, Kuala Kangsar, Port Dickson, Seremban (seluruh daerah), Melaka (seluruh daerah), Muar dan Kuantan. 

Peraduan yang bermula pada 7 hingga 15 Jun ini memerlukan peserta memuat naik gambar ‘Keluarga Raya’ terbaik mereka di Facebook Riding Pink di www.facebook.com/ridingpink  diiringi kapsyen, “Saya ingin memenangi perjalanan Balik Kampung percuma ke kerana ” dan dikongsikan secara umum dengan hashtag, #GetItRight #StartWithBosch dan #RayaWithRidingPink. 

Pemenang akan dikira melalui berapa banyak bilangan likes, kreativiti gambar dan kapsyen yang menarik.

Mereka juga  berpeluang membawa dua penumpang wanita lain dalam perjalanan itu.

Kereta pemenang akan bertolak dari pejabat Bosch, Petaling Jaya, Selangor pada 23 Jun pada jam 9 pagi. 

Untuk memastikan semua orang tiba ke destinasi dengan selamat, semua kereta yang terbabit dalam perjalanan balik akan menjalani pemeriksaan penyelenggaraan oleh Bosch.

Pemenang peraduan ini akan diumumkan di kedua-dua halaman Facebook Bosch Malaysia dan Riding Pink pada 16 Jun ini.

Untuk sebarang maklumat mengenai produk Bosch Automotive Aftermarket serta cara-cara mengenai penyelenggaraan kereta sila layari www.startwithbosch.com/my.

Leave Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *

clear formSubmit